Kebanyakan model antarabangsa memperagakan pakaian-pakaian seksi semasa berjalan di atas pentas, mengenakan pakaian berjenama di negara kota fesyen seperti Perancis.

IG Sarah Bradshaw

Namun, terdapat sebilangan kecil model berhijab berjaya muncul di pentas peragaan termasuklah seorang model berdarah Morocco, iaitu Sarah Bradshaw, 27 tahun.

IG Sarah Bradshaw

Dia yang memulakan karier sebagai model peragaan sejak enam tahun lalu tekad untuk memakai hijab pada tahun 2015 walaupun sedar mengenai risiko yang terpaksa dihadapinya kelak.

Berikutan itu, kebanyakan agensi peragaan membatalkan kontrak Sarah sebagai model pakaian mereka dan dia sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.

IG Sarah Bradshaw

Walaupun begitu, Sarah tetap tidak patah semangat kerana dia percaya rezeki datang daripada Allah dan bukannya daripada orang lain.

Berkat kesabarannya, kini anak ketiga daripada empat beradik ini sibuk dengan pelbagai tawaran seperti model, duta baju muslimah, jurusolek dan vlogger kecantikan di media sosial.

IG Sarah Bradshaw

Malah, dia juga mendapat tawaran solekan sehingga ke Lyon dan Paris. Walaupun sibuk dengan kehidupan seharian, Sarah tidak pernah lupa untuk membaca al-Quran pada masa terluang.

Menurutnya, dia percaya al-Quran membuatkan dia berasa dekat dengan Allah dan mungkin ini salah satu kunci kejayaan Sarah. Semoga anda terus istiqamah dan murah rezeki, Sarah!

Sumber: Hijabista