Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan beberapa keping gambar tular di laman sosial mengenai beberapa model memperagakan pakaian pengantin Melayu di kawasan perkuburan bukan Islam.

Gambar-gambar tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat negara ini kerana telah menyentuh isu sensitiviti agama dan tidak menghormati kawasan perkuburan berkenaan.

Walaupun pemilik butik pengantin itu telah membuat kenyataan meminta maaf kepada umum, difahamkan model pakaian pengantin sebenarnya dikhianati oleh pemilik butik kerana tidak memberitahu lokasi sebenar penggambaran sebelum sampai di lokasi.
Ok let me try to clarify this thing with a very short and details that I could to help clear things out. I bukan nak tryna backup anyone but trust me, all this faces dah kena khianat & jadi mangsa keadaan. What can I say; the wedding planner bodoh piang tak makan diajar. Thread https://t.co/svxMAsDTzt
— ? (@noora1na) November 6, 2019
Seorang pengguna Twitter, @noora1na, berkongsi situasi sebenar yang dialami oleh rakannya yang menjadi model pakaian pengantin berkenaan.
“Long story short, WP(Wedding Planner) just bagitau model yang nak pergi shoot dekat bandar. They all naik satu kereta tup-tup sampai dkt tempat tu. Diorang semua tercengang. But WP tu cakap yang ni just untuk portfolio dia sahaja means untuk simpanan sendiri,” ujarnya.
“Tapi si WP ni dia pandai main cara halus. Tak inform awal2 nak shoot mana tup-tup sampai dkt situ, and bagi alasan just utk personal portfolio. Padahal niat nak viral. Ye gais WP tu mmg nak viral,” jelasnya.
Menurutnya, dia memahami bahawa kedua-dua pihak turut bersalah dalam hal ini, namun pesalah sebenar yang merancang penggambaran serta memungkiri agreement mereka adalah pemilik butik itu sendiri.
Ok ni conversation my friend dgn model yg gambar terpampang dkt kubur tu.. Kesian guys diorang semua tak rela ? Dah minta gambar tolong delete pon WP bodoh piang tu taknak delete sbb coach dia tak bagi otak dia lah siapa lah coach dia yg bengap sangat tu yih pic.twitter.com/9UJujZQjuK
— ? (@noora1na) November 6, 2019
Bukan itu saja, pemilik butik juga enggan memadam gambar yang telah dimuatnaik di laman sosial atas alasan coach marketing tidak membenarkan dia melakukan perkara itu.
Dalam perkembangan terbaru, rakan Aina yang menjadi model pengantin gambar tular itu akan memfailkan saman terhadap pemilik butik. Dikhabarkan, pemilik butik itu telah melarikan diri. Harap mereka yang terlibat dapat berbincang untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Sumber: @noora1na