Berita baik buat penunggang motosikal di sekitar ibu kota, hari ini anda boleh mengisi petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong, Kuala Lumpur bermula 12 tengah hari sehingga 4 petang sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, menjelaskan bahawa ‘Program Isi Petrol Percuma Sempena Aidilfitri’ itu diadakan dengan kerjasama Parti Amanah Negara (AMANAH) Kepong dalam usaha menghargai penduduk di kawasan itu meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Selain itu, Ketua Penaja AMANAH Kepong, Datuk Mohd Noor Ali Bakar, menyatakan bahawa pengisian petrol percuma itu tertakluk kepada motosikal di bawah 150 cc sahaja.

Gambar sekadar hiasan

“Tumpuan utama program ini kepada golongan B40 sebagai tanda terima kasih menjadi masyarakat Kepong dan kita berharap pemberian minyak petrol ini dapat meringankan beban mereka dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Syawal,” katanya.

Tambahnya, program tersebut merupakan kesinambungan daripada kejayaan program pengisian petrol percuma yang diberikan kepada hampir 300 penghantar makanan bermotosikal bulan lepas.

Sumber: Harian Metro