Penyanyi kecil molek, Mila Jirin, dipuji oleh orang ramai mengenai pengorbanannya sebagai seorang ibu apabila mendukung anak lelakinya, Arif Zikri mendaki hingga ke puncak Jabal Nur semasa membuat umrah baru-baru ini.

Dia mendukung anaknya yang berumur hampir satu tahun itu hingga berjaya mendaki puncak Jabal Nur yang berketinggian 642 meter itu.

IG Mila

“Tak dinafikan, memang penat. Dengan berat hanya 42 kilogram dan mendukung Arif dengan berat sembilan kilogram memang terasa bergoyang dan bergetar lutut,” luahnya.

Walau bagaimanapun, Mila begitu semangat untuk mendaki kerana waktu melawat itu merupakan waktu terakhir untuk pelawat menziarah Jabal Nur seperti yang diarahkan kerajaan Arab Saudi.

“Moga nanti Arif dah besar, Arif dukung mommy pula, naik Bukit Bendera pun jadilah,” pesannya di ruangan caption gambar di laman Instagram.

Sumber: Astro Gempak