Jabatan Meteorologi Malaysia(MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning iaitu hujan lebat di beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Sabah bermula hari ini sehingga esok.

Gambar sekadar hiasan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pukul 1 tengah hari tadi, mereka memaklumkan bahawa hujan lebat dijangka melanda daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Manakala hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai barat Sabah (Ranau dan Kota Belud), Sandakan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat.

Sumber: Sinar Harian & Bernama