Sejak minggu lepas, cuaca di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dilihat tidak menentu dan mengalami hujan lebat serta angin kencang hingga menyebabkan rumah rosak di sekitar Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Gambar sekadar hiasan

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, menasihati orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan atau berada di kawasan banyak pokok, papan tanda dan papan iklan kerana ia berisiko tumbang jika cuaca buruk melanda.

Menurutnya, cuaca buruk berlaku akibat pembentukan awan kumulonimbus, iaitu sumber utama pembentukan hujan ribut petir yang disebabkan arus perolakan yang kuat dalam awan berkenaan.

“Orang ramai perlu peka dengan keadaan cuaca ini kerana angin yang dihasikan boleh mencecah 100 kilometer sejam, namun ia (kelajuan angin) ini jarang berlaku,” lapor Bernama.

Selain hujan lebat dan angin kencang, hujan air batu boleh berlaku menurut Dr Hisham. Patut la sebelum ni banyak kes hujan air batu jadi dalam negara kita.

Jika anda mahu mendapatkan maklumat cuaca terkini, anda boleh layari laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca pada telefon bimbit pintar, laman sosial Facebook Malaysiamet dan Twitter @malaysianmet, SMS 15888 atau talian hotline 1300 22 1MET (1638).

Sumber: Astro Awani