Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia(MET Malaysia), mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga 14 Disember (hari ini).

Gambar sekadar hiasan

Ketua Pengarah MET Malaysia, Jailon Saimon, menjelaskan bahawa kawasan yang terjejas di Pahang ialah daerah Rompin sementara di Johor pula di daerah Mersing dan Kota Tinggi.

“Angin kencang 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut,” ujarnya.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani & Bernama