Resipi carrot cupcake yang dikongsikan oleh Puan Yara Az Zahra ini merupakan resipi yang mudah dan sihat.

Idea membuat cupcake ini tercetus apabila Puan Yara masih dalam pantang
dan bayinya mengalami mild eczema dan dia harus cut down all sugar and flour yang ada gluten.

Tak terbayang macam mana nak teruskan kehidupan tanpa gula. Mencabar tu.

Untuk resipi ini sebaiknya, gunakan tepung yang gluten free ya.

Bahan-bahan :

3 batang carrot
2 cawan tepung gluten free
1 cawan minyak masak
1/4 cawan organic raw cane sugar
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
Topping ikut pilihan – contohnya chocolate chip, kismis, kekacang dan lain-lain.

Cara-cara:

1. Potong Carrot

Buangkan kulit dan potong carrot kecil-kecil supaya ianya mudah dikisar dalam blender.

2. Blender Bahan Bahan

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender. Blend sehingga halus dan likat.

3. Masukkan Dalam Acuan

Tuangkan adunan separuh sahaja ke dalam acuan. Taburkan topping plihan anda.

4. Bakar dalam oven

Tetapkan suhu 170 celcius selamat 30 minit atau sehingga masak.
Tengok hasil yang dah siap, memang nampak sangat menyelerakan!

Selamat mencuba!

Sumber: Yara Az Zahra