Orchard Road yang terletak di negara jiran, Singapura, merupakan kawasan yang terkenal dengan membeli-belah kini ditetapkan sebagai Zon Bebas Merokok sejak 1 Januari lepas.

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, kawasan merokok atau kotak kuning disediakan di 50 lokasi sekitar Orchard Road bagi pengunjung yang mahu merokok.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan(NEA), menyatakan larangan merokok itu dilakukan selepas tamat tiga bulan amaran mengenai merokok di luar kawasan merokok.

Difahamkan, sesiapa yang merokok di luar kawasan merokok yang ditetapkan akan didenda S$200 (RM600) atau denda oleh mahkamah sehingga S$1,000 (RM3,000).

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, NEA telah mengeluarkan 1,900 nasihat sehari apabila Zon Larangan Merokok diperkenalkan, namun berkurangan menjadi 550 nasihat pada pertengahan bulan lepas.

“Pegawai-pegawai penguatkuasa NEA mula mengeluarkan amaran bertulis dan bukan nasihat lisan kepada perokok bermula 18 Mac lepas dan sejak itu, jumlah nasihat telah menurun kepada 87 sehari,” ujarnya.

“Orang ramai boleh melihat pelekat lantai di lokasi terpilih di sepanjang laluan pejalan kaki utama di Zon Bebas Merokok,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani