Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan diambil terhadap perokok yang didapati melanggar larangan merokok di semua premis makanan bermula 1 Januari tahun depan.

Gambar sekadar hiasan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan bahawa pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan sehingga kini.

“Sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan,” ujarnya.

“Dari jumlah tersebut, sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan

“Sejumlah 23,805 aduan pula telah diterima semenjak Januari 2019 sehingga 3 November 2019,” katanya.

Mulai 1 Januari tahun depan, perbuatan merokok hanya boleh dilakukan di luar kedai makan dengan jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis makan.

Difahamkan, kegagalan mematuhi larangan itu akan menyebabkan perokok didakwa di mahkamah dengan sabit kesalahan serta boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.

Sumber: Astro Awani