Pasukan Formula One Mercedes telah memecat empat kakitangan, susulan satu siasatan dalaman terhadap insiden buli berunsur perkauman. Menurut kenyataan Mercedes, Mercedes-Benz Grand Prix mengesahkan empat individu dipecat daripada syarikat itu, 2 Ogos lalu.

Pemecatan itu disebabkan oleh siasatan dalam yang mengesahkan dasar kepelbagaian dan kesamarataan syarikat itu tidak dipatuhi. Berdasarkan beberapa laporan media, empat pekerja itu bertugas dalam jabatan teknologi maklumat (IT) dan mereka membuli seorang kakitangan Muslim.

Tiga kakitangan lain turut dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar dasar kepelbagaian syarikat itu.

“Kami mengutuk keras kelakuan ini dan bertindak segera, selepas menerima aduan. Kami amat menghargai kepelbagaian kakitangan kami dan ia sumber kekuatan.

“Suasana pekerjaan kami adalah berasaskan penghargaan dan saling menghormati,” menurut kenyataan Mercedes.

Sumber: Berita Harian