Bukan mudah untuk terima hidayah dan kembali ke jalan yang benar, namun jejaka ini berjaya ‘bertukar’ daripada menjadi mak nyah dan kembali menjadi seorang lelaki sejati.

Dulu pernah memakai pakaian seperti wanita dan berperwatakan lembut, lelaki bernama Zamir Zayyani Zainuddin atau dikenali sebagai Zayy di laman Facebook ini meluahkan perasaan kesal kerana pernah cuba untuk menjadi seorang wanita dahulu.

“Menyesal sangat-sangat kesian dekat MAK AYAH. Terpaksa malu dan tanggung dosa kita sekali. NASIB BAIK cepat-cepat BERUBAH & ISTIQOMAH. Sebab setiap dosa yang kita lakukan dengan sengaja ALLAH SWT tunjuk di dunia,” luahnya.

Menurutnya, dia bersyukur Allah membuka pintu hatinya untuk berubah menjadi seorang lelaki normal kembali dan menasihati sesiapa yang mengalami situasi sepertinya berubah sebelum terlambat.

Malah, dia turut mengingatkan kepada mereka yang ingin berubah ke jalan yang benar agar berubah demi Tuhan, ibu bapa serta masa depan mereka sendiri.

Sumber: Fb Zayy Bass