Semalam, seorang tentera wanita yang berasal dari Sarawak memeluk agama Islam menerima respons positif daripada netizen terutama Muslim selepas video dirinya mengucapkan dua kalimah syahadah tular di laman sosial.
Selamat datang saudara baru kita, anggota lain-lain pangkat (LLP) berpangkat prebet Patricia Evelyn Renggie yang merupakan anak kelahiran Kapit, Sarawak.
— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) November 7, 2019
Beliau baru sahaja memeluk Islam dengan nama Nurul Umairah Zahra binti Abdullah. Semoga diberikan keberkatan. pic.twitter.com/z9C5VYYOYV
Malah, perkara itu turut menarik perhatian Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, apabila dia memuatnaik video berkenaan di akaun Twitter miliknya di mana anggota tentera wanita, Patricia Evelyn Renggei, mengucapkan syahadah di hadapan Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Muhamad Azmi Wahab.
“Selamat datang saudara baharu kita, anggota lain-lain pangkat (LLP) berpangkat prebet, Patricia Evelyn Renggie yang merupakan anak kelahiran Kapit, Sarawak,” tulis Mohamad Sabu.
“Beliau baru sahaja memeluk Islam dengan nama Nurul Umairah Zahra Abdullah. Semoga diberikan keberkatan,” sambungnya.
Menurut kenyataan di akaun Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, majlis pengislaman Nurul Umairah diadakan di Surau Al-Hidayah di Kementerian Pertahanan yang didahului dengan bacaan surah al-Fatihah dan tazkirah ringkas.
“Dia mengakui tertarik dengan agama Islam sejak di zaman persekolahan lagi dan hasrat untuk memeluk agama Islam semakin kuat apabila ditukarkan dari JRP (Jabatan Arah Rekod dan Pencen) ke CSM (Cawangan Sumber Manusia) disebabkan mendapat sokongan yang penuh daripada pegawai serta rakan sejawat,” tulis kenyataan itu.
Sumber: Astro Awani & Sinar Harian