Kecoh seketika apabila gambar seorang menteri yang baru saja beberapa hari memulakan tugas telah mengimamkan solat Zohor di surau bangunan kementerian viral di laman sosial.

Rata-rata memuji tindakan menteri tersebut yang juga merupakan seorang menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik, kerana menunjukkan contoh pemimpin yang baik kepada para pekerja.

“Kita berharap menteri-menteri yang beragama Islam akan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia bahawa perubahan yang beginilah yang diimpikan rakyat. Semoga istiqamah YB Maszlee,” tulis seorang pengguna Facebook, Abdul Wahid Yunus.

Gambar tersebut viral setelah dimuatnaik di Facebook Khalifah Media Networks dan dikatakan dikongsi oleh salah seorang staf Kementerian Pendidikan.

“Terkejut pegawai-pegawai. Selama ni even KPPM pun tak pernah turun surau tu, ni tiba-tiba YB menteri jadi imam lagi, Alhamdulillah,” tulis caption gambar.

Sumber: mStar