Kita sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara baru yang mahu mengenali serta belajar tentang Islam dan memberi sokongan agar mereka rasa lebih bersemangat untuk belajar mengenai Islam.

Seorang lelaki warga emas berasal dari Vietnam dan beragama Buddha datang ke masjid dan meminta untuk belajar cara untuk solat dalam Islam.

Ni pakcik berbangsa Vietnamese dan beragama Buddha mohon ingin ditunjuk dan mengikut cara solat. alhamdulillah melalui program Mosque Open Day Aidilfitri ini beliau berpeluang dapat ikut sama belajar solat di dalam ruang solat masjid mgkin dah lama menyimpan niat nak mendalami Islam dan bersolat. Subhanallah Lps selesai saja beliau terus menangis teresak esak, bagai tak dapat dibendung lagi perasaan syahdu beliau, terasa tenang dan dekatnya dengan sang pencipta, kita doakan insyaAllah hidayah Allah mengetuk pintu hatinya dan husnul khatimah. Allahu Akbar begitu bertuah sahabat yang sudi mengajar beliau bersolat moga jadi asbab untuk beliau memeluk agama Islam Kredit pakcik Noli yang banyak melakukan kerja dakwah bersama @hidayahcentrefoundation #indahdihati #manusia #fitrah #dariDia #kepadaDia

A post shared by AnasT (@anastahir_zayan) on

Difahamkan, lelaki warga emas itu berpeluang solat di dalam masjid menerusi program Mosque Open Day Aidilfitri.

“Subhanallah lepas selesai saja beliau terus menangis teresak esak, bagai tak dapat dibendung lagi perasaan syahdu beliau, terasa tenang dan dekatnya dengan sang pencipta, kita doakan insyaAllah hidayah Allah mengetuk pintu hatinya dan husnul khatimah,” ujar penyampai radio Zayan, Anas Tahir di laman Instagram.

Begitulah kita berharap banyak lagi masjid dan surau membuka pintu mereka kepada komuniti non muslim yang berada dalam kejiranan mereka. Dan bukan saja pintu masjid dibuka malah Buka juga pintu minda dan hati para ajk yang mengendalikan masijd utk sampaikan dan praktikkan keindahan serta kebenaran rahmah Islam kepada seluruh alam. ALLAHU Akbar ❤️ Kita mahu masjid dan surau bukan khidmat pada orang islam sahaja tetapi semua dalam komuniti tanpa kira keturunan, agama dan latar belakang sosio ekonomi. Moga mereka yang disantuni nampak Islam yang sebenarnya. Mereka dikejiranan bukan saban waktu disajikan dgn azan dan ayat suci Al Quran sahaja di cerobong masjid tapi batang tubuh merek disantuni, hati2 mereka disapa untuk dekat dgn Islam?????? Kredit pakcik Noli dari @hidayahcentrefoundation #indahdihati #fitrah #manusia #dariDia #kepadaDia

A post shared by AnasT (@anastahir_zayan) on

Diharap lebih banyak masjid dan surau dapat dibuka untuk orang bukan Islam supaya mereka dapat mengetahui keindahan agama Islam dengan lebih dekat lagi.

Sumber: IG Anastahir Zayan