Melon Yubari merupakan melon paling mahal di dunia dengan dijual pada harga 3.2 juta Yen (RM115,734) dalam satu acara lelongan di Jepun baru-baru ini.

Difahamkan, bidaan tertinggi dilakukan oleh sebuah firma pembungkusan buah tempatan yang mengalahkan pesaing-pesaing lain dalam acara lelongan di Sapporo Central Wholesale Market, utara Hokaido.

Di sana, melon Yubari dianggap sebagai simbol kekayaan dan peminat melon jenis ini sanggup berhabis duit demi untuk memilikinya atau dijadikan hadiah.

boombastis.com

Malah, bidaan tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lepas yang hanya dijual pada harga 3 juta Yen sahaja.

Ciri-ciri melon Yubari yang berkualiti tinggi ialah ia berbentuk sfera yang sempurna dengan kulit licin, corak sama rata dan tangkai berbentuk T.

Sumber: Sinar Harian