Pada Jumaat minggu lepas, McDonald’s Malaysia telah mengumumkan aiskrim McDip perisa terbaru untuk peminat-peminat aiskrim restoran makanan segera tersebut.

Jika sebelum ini hanya ada satu perisa saja iaitu Choco Dip, kini McD memperkenalkan Matcha Dip, Caramel Dip, Taro Dip dan Mango Dip sempena tema “Sweetest Season”.

Harga bagi perisa aiskrim terbaru itu hanyalah RM2.95 sahaja manakala Choco Dip biasa pula berharga RM2 sahaja. Murahnya!

Selain perisa aiskrim McDip terbaru, McD Malaysia turut memperkenalkan set macaron dari Perancis dengan harga serendah RM3.95 sehingga RM19.50 untuk 6 biji macarons.

Semakin ‘meriah’ menu McD sekarang ini. Boleh ajak rakan-rakan anda cuba menu terbaru daripada McD di atas ini!

Sumber: The Vocket & Fb Mcd Malaysia