Sebelum ini, penutupan lokasi pelancongan Maya Bay, Thailand, diketahui umum kerana mahu memulihkan ekosistem di sana yang berubah terlalu drastik akibat aktiviti pelancongan.

express.co.uk

Walau bagaimanapun, baru-baru ini pihak pengurusan Maya Bay mengumumkan akan terus menutup destinasi tumpuan pelancong itu sehingga keadaan ekosistem pulih sepenuhnya.

Difahamkan, mereka terpaksa mengambil langkah drastik itu kerana keadaan ekosistem di sana mengalami kerosakan yang amat teruk.

tatnews.org

Selain itu, tarikh pembukaan semula Maya Bay juga tidak diketahui kerana mereka memerlukan masa yang agak panjang untuk merawat dan menanam semula batu karang dan hutan baru.

Untuk pengetahuan anda, hampir 1,000 batu karang baru ditanam di sana sepanjang tempoh rawatan semula pusat pelancongan terkenal itu.

Sumber: The Vocket