Jenazah Jannatun Cintya Dewi, 24, mangsa pertama nahas Lion Air yang berjaya dikenal pasti identitinya telah dihantar kepada keluarganya di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia Khamis lalu.

Jannatun merupakan seorang pegawai kerajaan yang terkorban ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkal Pinang atas urusan kerja. Tragedi ini bukan sahaja dirasai keluarganya, namun seluruh penduduk sekitar kampungnya.

tribunnews.com

Tular video menunjukkan penunggang motosikal yang lalu di hadapan kediamannya bertindak mematikan enjin dan menuntun kenderaan masing-masing sehingga melepasi rumahnya atas tanda hormat. Ia merupakan tradisi yang sering dilakukan sebagai tanda penghormatan dan juga menunjukkan rasa sedih terhadap pemergian seseorang.

Polis berjaya mengenal pasti identiti mangsa setelah membuat padanan dengan data ahli keluarga mangsa.

Sumber: mStar