Masjid yang sedang dibina menyerupai Masjidil Haram di Gua Musang, Kelantan, dikenali sebagai Masjid Razaleigh, dikatakan bakal menjadi tarikan pelancong setelah ia siap nanti.

FB Maafsebut

Untuk pengetahuan anda, masjid yang mula dibina sejak tahun 2016 itu mempunyai keluasan 70,000 kaki persegi dan menelan belanja RM28 juta sekaligus akan menjadi mercu tanda negeri Kelantan.

FB Maafsebut

Difahamkan, masjid tersebut diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Malah, ia dijangka boleh menampung seramai 5,000 jemaah.

FB Maafsebut

Antara kelengkapan yang ada di masjid berkenaan ialah bilik mandi jenazah lelaki dan perempuan, bilik kuliah, pejabat imam serta dewan makan.

FB Maafsebut

Selain itu, terdapat ruangan yang disediakan untuk kursus haji secara praktikal seperti tawaf di masjid yang bakal siap hujung tahun ini.

Sumber: Vitdaily & FB Maafsebut