Tahun lalu telah tular di media sosial tentang mesin ATM beras yang disediakan untuk golongan kurang berkemampuan di Indonesia. Berita itu telah mendapat perhatian ramai kerana ia telah membantu orang ramai yang tidak berkemampuan untuk membeli beras.

Pengurusan Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif yang sama dengan menyediakan mesin ATM beras ini untuk kemudahan asnaf sekitar kawasan terbabit. Selain itu, Mesin ATM beras ini merupakan yang pertama di Malaysia.

Untuk mendapatkan beras di mesin ATM tersebut, golongan asnaf hanya perlu menyentuh kad pada sensor yang ada pada mesin itu, lalu bekalan beras sebanyak 2kg akan dikeluarkan pada ruangan bahagian bawah.

Selain daripada memberi beras, mesin ini turut berfungsi sebagai tabung, dimana orang ramai boleh membuat sumbangan wang tunai ke dalamnya. Wang terkumpul akan digunakan untuk membeli bekalan beras.

Di bawah adalah demo cara penggunaan mesin ATM beras:

Sumber: SAYS