Sukar untuk kita mencari kedai makan yang menjual minuman pada harga kurang daripada RM1 pada masa sekarang kerana kita tahu harga barang pada masa kini agak mahal.

Walau bagaimanapun, satu warung di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah, yang dikenali sebagai “Warung Tokey Gila” menawarkan teh tarik pada harga sangat murah iaitu 20 sen segelas.

klick.my

Menurut pemilik warung tersebut, Ahmah Thalha Ahmad Sabri, promosi teh tarik harga murah itu dibuat untuk meringankan beban pelanggan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

“Selalu saya promosi sebulan sekali, tapi untuk tahun ni dia sambutan dia banyak dan menggalakkan tak macam sebelum sebelum ni, tu yang saja lajak lepas sebulan ke sebulan saya lajak sampai hujung tahun,” jelasnya.

klick.my

Selain harga murah, kualiti makanan juga menjadi tarikan warung tersebut yang membuatkan warung itu menjadi sebutan dalam kalangan pelanggannya.

“Tak pernah lagi saya jumpa teh semurah ni, selalu bila saya datang tidur rumah kawan saya akan singgah kat sini,” kata seorang pelanggan, Muhammad Nu’man Mat Isa.

klick.my

Namun, harga promosi teh tarik 20 sen hanya terhad kepada tiga jam terawal sahaja iaitu bermula daripada pukul 6 pagi sehingga pukul 9 pagi sahaja.

Selepas pukul 9 pagi, harga teh tarik akan dijual pada harga asal iaitu RM1 segelas. Ha, memang sesuai harga teh tarik dijual murah pada waktu pagi kerana pasti ramai yang akan bersarapan dulu sebelum pergi ke tempat kerja.

Sumber: Astro Awani