Umum mengetahui pelakon kacak, Ashraf Muslim, mempunyai dua isteri dan sedang bahagia bersama kedua-dua isterinya itu.

Malah, dia mengakui isteri-isterinya merupakan sumber kekuatan dirinya kerana sentiasa ada ketika susah dan senang.

Sempena Hari Wanita Sedunia semalam, Ashraf dilihat memuatnaik satu gambar di laman Instagram sambil menulis ucapan yang pastinya membuatkan anda “cair” membacanya!

IG Ashraf Muslim

“Nasihat dan kata2 mereka membuatku berfikir untuk menjadi suami yang lebih baik dan lebih bijak. Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang besar kepadaku untuk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yang dekat denganMu,” tulisnya.

IG Ashraf Muslim

Dia juga tidak ketinggalan untuk mendoakan yang terbaik buat kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman, 30 tahun, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 33 tahun, setiap kali solat.

Semoga rumahtangga keluarga bahagia ini sentiasa diberkati dan berada di bawah lindunganNya pada setiap masa.

Sumber: Astro Gempak