Kejadian serangan pengganas di dua buah masjid sekitar Christchurch, New Zealand, masih segar di ingatan kita walaupun sudah hampir dua bulan ia berlalu.

Untuk pengetahuan anda, New Zealand akan memberikan taraf penduduk tetap kepada semua mangsa yang terselamat dalam serangan pengganas tersebut.

Menurut pihak Imigresen New Zealand, kategori visa baru dikenali sebagai visa Christchurch Response(2019) itu telah diwujudkan dan boleh memohon sejak Rabu minggu lepas.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, mereka yang berada di masjid berkenaan ketika serangan pada 15 Mac lalu boleh memohon mendapatkannya termasuklah keluarga terdekat mereka.

Antara syarat-syaratnya ialah pemohon mesti tinggal di New Zealand pada hari kejadian, bererti ia tidak terpakai untuk pelancong atau pelawat jangka pendek.

Selain itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, mengharamkan penggunaan senjata semiautomatik di negara berkenaan selepas insiden menyayat hati itu berlaku.

Sumber: Harian Metro