Malaysia menetapkan pendirian tidak menghantar jemaah haji pada tahun ini selaras dengan keputusan kerajaan Arab Saudi yang mengehadkan jemaah haji tahun ini hanya untuk penduduk yang negara itu sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, dia telah berhubung dengan Kementerian Haji dan Umrah di Arab Saudi dan mereka menghormati keputusan negara ini.

“Semalam daripada Kementerian Haji dan Umrah (Arab Saudi) sendiri sudah telefon saya yang mana mereka menghargai Malaysia dan Insya-Allah kita akan keluarkan kenyataan mengenainya,” ujarnya.

“Memang pada tahun ini kita tidak akan hantar jemaah sama ada jemaah haji atau pun Furada,” jelasnya.

Sebelum ini, menurut kenyataan Kementerian Haji dan Umrah, hanya sebilangan kecil penduduk daripada pelbagai kerakyatan yang tinggal di Arab Saudi dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Kes Covid19 di Arab Saudi melepasi 161,005 dengan lebih 1,300 kematian, manakala lebih 105,000 sudah pulih.

Sumber: Harian Metro