Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad minggu depan iaitu 11 Ogos 2019.

bernama.com

Dalam satu kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh berkenaan telah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1440 Hijriah ialah pada 2 Ogos, 2019 Masehi,” ujarnya

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Ahad, 11 Ogos 2019 Masehi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian & Bernama