Nama Malaysia semakin terkenal dalam kejohanan Muaythai apabila anak kelahiran Sandakan, Sabah, berjaya membawa balik pingat gangsa dalam kejohanan Muaythai Remaja Dunia (IFMA) 2018 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Fb Muaythai Sabah

Riedzwan Norsyahmie Daud, 16 tahun, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Fajar, Sandakan, berjaya menewaskan petinju dari Russia dan Vietnam untuk mara ke separuh akhir.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Muaythai Sabah dan jurulatih Riedzwan, Mohamad Ajman Ajmain, memberitahu remaja tersebut menceburi sukan Muaythai ini sejak berusia 13 tahun di gimnasium latihan 66 Unicorn, Sandakan.

Fb Muaythai Sabah

“Tahun ini, Malaysia berdepan laluan sukar dalam undian kerana terpaksa menghadapi saingan kuasa besar sukan Muaythai iaitu Russia, Thailand dan Vietnam. Kita cuma menyasarkan pingat dan syukur, Riedzwan mampu membawa balik gangsa untuk Malaysia,” ujarnya.

Tahun lepas, Riedzwan memenangi pingat gangsa dalam kejohanan sama di Bangkok, dan pingat emas dalam kejohanan Seni Mempertahankan Diri Remaja Dunia di Incheon, Korea Selatan.

Malah, dia juga merupakan johan dalam kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan pada tahun ini. Semoga semakin berjaya dalam sukan Muaythai, Riedzwan! 😉

Sumber: Berita Harian