Malaysia menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat pertama kalinya berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia.

Laporan GMTI 2019 tersebut menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global telah memberikan markah 78 kepada Malaysia dan Indonesia.

Untuk pengetahuan anda, tahun lepas, Malaysia mendapat 80.6 markah manakala Indonesia terikat dengan UAE dengan 72.8 markah.

Dalam kenyataan itu, MasterCard dan CrescentRating menjelaskan bahawa Indonesia telah melonjak daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan penggembaraannya, dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Islam.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, negara lain yang menduduki 10 negara teratas ialah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).

Manakala, Singapura kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Islam perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun ini, diikuti Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.

Sumber: Astro Awani & Bernama