Kerajaan akan membina kilang vaksin halal pertama di dunia di Negeri Sembilan yang bakal menempatkan Malaysia sebagai peserta antarabangsa dalam pengeluaran vaksin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, memberitahu bahawa usaha pembangunan kilang akan mengambil masa yang agak lama, namun penyediaan kemudahan ini dapat memacu pengeluaran vaksin pada masa akan datang.

Menurutnya, dia berharap mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa dengan pembinaan kilang tersebut kerana vaksin yang dihasilkan dari kilang itu adalah halal.

Gambar sekadar hiasan

“Dari segi halal sememangnya telah ada vaksin yang halal yang telah dilakukan kajian terperinci dengannya dan kita dalam proses untuk membina kilang vaksin halal yang pertama dalam dunia,” ujarnya.

Malah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terlibat dalam menubuhkan fatwa mengenai suntikan vaksin imunisasi kanak-kanak yang menjadi isu hangat di kalangan ibu bapa.

Sumber: Astro Awani & Sinar Harian