Tak dinafikan isu LGBT semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini oleh rakyat negara ini kerana golongan ini semakin berani menonjolkan diri mereka di laman sosial.

Sebenarnya, ada di antara golongan tersebut sudah lama bertapak di sini contohnya golongan maknyah. Terbaru, Ustaz Ebit Lew mendekati golongan maknyah untuk mendengar luahan mereka dan berdakwah dengan cara yang lembut.

“Masa mula cerita pasal mak ayah masing-masing sebak. Jika duduk dekat situ nampak mata mereka semua bergenang walau berbual santai,” tulisnya.

Menurutnya, dia percaya bahawa semua orang mahu berbuat kebaikan serta mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Ustaz percaya bahawa kebesaran Allah itu ubat bagi segala hati.

“Doakan nanti teringin nak bawa mereka semua 3hari belajar santai iman amal dan muhasabah diri. Pohon doa semua yer. Semoga jadi asbab kebaikan dan hidayah,” pintanya.

Sumber: IG Ustaz Ebit Lew