Dia sering mencuri perhatian umum kerana pandai “kecek” bahasa inggeris ketika berurusan dengan pelanggan ketika berniaga di Pasar Tani Kota Jembal, Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.

Penjual kain batik sarung, Rafeah Jaafar, 67 tahun, berkata dia fasih berbahasa inggeris sejak mula bergaul dengan pelajar kaum lain serta minatnya belajar bahasa lain.

Difahamkan, Rafeah menjadi sebutan orang ramai setelah satu video mengenai dirinya sedang menjual beli dengan pelanggan viral di Facebook dan WhatsApp sejak minggu lepas.

“Alhamdulillah sejak video yang diambil seorang pelanggan tular di Facebook, ramai yang mencari mak cik termasuk untuk membeli kain,” katanya yang menganggap ia sebagai rezeki dapat menaikkan jualan kain batik diusahakannya.

Untuk pengetahuan anda, dia juga petah berbahasa hokkien selain fasih berbahasa inggeris. Minatnya suka bertanya menjadikan dia lebih mudah mendalami sesuatu bahasa.

Bagus juga tahu banyak bahasa, nanti senang nak berniaga hingga ke luar negara jika ada rezeki, kan?

Sumber: Harian Metro