Masakan tomyam bukan saja enak, tetapi ia juga boleh kurangkan risiko kanser jika anda masak dengan betul dan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Menurut Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Suri Roowi, memberitahu kajian dilakukannya memfokuskan mengenai makanan yang kaya antioksidan.

“Siapa rajin makan tomyam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tomyam digunakan mestilah menggunakan sumber asli seperti daun limau purut, serai, daun ketumbar dan sebagainya. Dan semasa memasak, kurangkan penggunaan MSG,” jelasnya.

Daun ketumbar

Daun ketumbar sebenarnya bagus untuk mereka yang mengalami masalah diabetes dan masalah saraf.

Serai

Serai pula mempunyai bahan citral yang bertindak sebagai anti kanser seperti kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payudara.

Daun limau purut

Selain itu, daun ini kaya dengan antioksidan dan anti kanser. Jadi, letak daun limau banyak-banyak pun takpe sebab berkhasiat.

Temu kunci

Selain lengkuas, temu kunci digunakan dalam masakan tomyam dan ia selalunya dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Ia juga merupakan anti kanser untuk kanser pankreas.

Sumber: Mingguan Wanita