Memiliki tubuh badan kurus dan sihat merupakan idaman setiap orang. Untuk dapatkan tubuh badan langsing, anda perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan melakukan senaman ringkas.

Tak semua orang boleh turun berat badan dalam tempoh sekejap kerana faktor pemakanan dan jenis tubuh badan.

Namun, seorang pengguna Facebook, Sophia Safian, berjaya menurunkan berat badan sebanyak 27 kilogram (kg) dalam masa tiga bulan hanya dengan makan pisang. Biar betul?

Sophia berkongsi jadual pemakanan harian yang diamalkan hingga berjaya turun dari 90kg hingga 63kg dalam tempoh yang singkat.

Setiap tips yang dikongsi olehnya nampak mudah untuk diamalkan oleh orang ramai jika mahu mendapatkan tubuh badan ideal secara sihat. Jangan pula anda berlapar seharian semata-mata mahu kurus nanti.

Menurutnya, dia pasti akan mengambil satu atau dua biji pisang dalam setiap makanan yang dimakan dan jenis pisang yang dimakan ialah pisang Cavendish.

Apa yang penting, jika ada rakan yang mahu sama-sama berdiet pasti akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk diet hingga mencapai target berat.

Sumber: Fb Sophia Safian