Berikutan terdapat majikan yang melanggar prosedur operasi standard(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan kompaun boleh dikenakan terhadap majikan atau syarikat.

Gambar sekadar hiasan

Antara contoh melanggar SOP PKPB ialah mengadakan mesyuarat kakitangan.

Menurutnya, arahan bekerja dari rumah masih berkuatkuasa dan majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan.

“Mengenai bekerja dari rumah, majikan berkaitan perlu mematuhi setiap arahan dikeluarkan,” ujarnya.

“Jika ia membabitkan jabatan kerajaan, patuh kepada panduan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), dan begitu juga bagi industri berkaitan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” jelasnya.

“Jika masih ada yang ingkar, saya akan membangkitkan perkara itu untuk diperbetulkan apa yang tidak betul,” katanya.

“Insya-Allah, kita akan mengambil tindakan terhadap mereka (majikan) yang ingkar,” sambungnya.

Sumber: Astro Awani