Minuman popular, boba tea atau dikenali sebagai bubble tea di negara ini seringkali dikaitkan dengan isu halal.

Baru-baru ini, minuman boba tea jenama Xing Fu Tang Malaysia memberi kenyataan di laman Facebook rasmi mereka bahawa mereka telah diiktiraf Halal oleh Majelis Ulama Indonesia(MUI).

“Kami telah memperoleh sijil halal dari MUI dan dalam proses akhir untuk mendapatkan sijil JAKIM. MUI adalah salah satu Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Sila layari Portal Halal Malaysia (www.halal.gov.my) harap sabar menunggu,” tulisnya.

Semoga minuman jenama berkenaan akan diiktiraf Halal oleh pihak JAKIM pula tidak lama lagi bagi menghilangkan kemusykilan orang Islam yang mahu mencuba minuman popular itu. Yela, kalau was-was macam mana nak minum kan? 🙂

Sumber: FB Xing Fu Tang Malaysia