Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan parti Gerakan yang memohon agar pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.

Gambar sekadar hiasan

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Amarjit Serjit Singh, menjelaskan bahawa Jawi adalah sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang juga merupakan bahasa kebangsaan.

Menurutnya, pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pada September lalu, parti Gerakan telah memfailkan saman terhadap kerajaan Pusat bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Parti berkenaan yang memfailkan saman itu melalui Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai, menamakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Timbalannya, Teo Nie Ching, dan kerajaan Persekutuan sebagai responden. Manakala parti Gerakan diwakili peguam Tan Lee Kiat dan Mak Kah Keong.

Mak Kah Keong semasa dihubungi berkata, jawatankuasa pusat Gerakan akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada mereka akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu atau tidak.

Sumber: Astro Awani & Bernama