Semalam, pelakon tanah air, Lufya Omar atau nama penuhnya Lutfyah Sheikh Omar, meluahkan rasa syukur apabila dia akan mengerjakan ibadah umrah bersama anak perempuannya, Laana Haura, pada awal tahun depan.

Menurutnya, ini merupakan pertama kali dia bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Wahai Allah, aku bersyukur kepada-Mu, kerana engkau telah menjemputku, menjadi tetamu Agung-Mu, walaupun aku sebenarnya tidak layak. Pertama kali inginku menjejakkan kaki ke rumah-Mu,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.

“Lufya baru mendapat berita yang sekarang ni wanita boleh mengerjakan umrah tanpa memerlukan mahram. Syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

“Awal tahun depan Lufya bersama Laana Haura akan mengerjakan umrah bersama @amwajtravel dan yang paling Lufya happy kerana kali ini Lufya akan berkongsi tentang penghijrahan,” jelasnya.

Sebelum ini, Lufya tidak dapat bersama-sama keluarganya mengerjakan umrah pada bulan Ramadan lalu.

“Awal tahun ni ahli keluarga Lufya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan. Alangkah sedihnya Lufya tak dapat ikut bersama keluarga untuk pertama kali dalam hidup,” katanya.

Allah is Great. Allah Maha Baik Dia gantikan dengan yang lebih baik,” sambungnya.

Terdahulu, Lufya dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini memasuki usia dua tahun.

Walau bagaimanapun, kisah pergolakan rumahtangga mereka menjadi perbualan ramai selepas orang ramai mengetahui mereka sedang dalam proses bercerai.

Sumber: Gempak & IG Lufya