Baru-baru ini, pelakon tanah air, Lufya, 34 tahun, meluahkan masalah rumahtangga yang dihadapinya di laman sosial Instagram mengejutkan warga laman sosial kerana sebelum ini dia dilihat bahagia bersama suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29 tahun.

Terbaru, Dr Che Hafiz mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa dia bersetuju menceraikan isterinya atas permintaan Lufya melalui aplikasi Whatsapp pada minggu lepas.

“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi Whatsapp ketika kami sedang membincangkan isu rumahtangga,” ujarnya.

“Biarlah kami sahaja yang tahu punca penceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum. Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, dia tidak mahu mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka atas sebab terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum serta mahu menjaga hati ramai pihak.

Sementara itu, Lufya pula belum bersedia untuk memberi kenyataan mengenai isu tersebut yang didedahkan oleh suaminya.

“Maaf saya belum bersedia nak komen apa-apa,” ujarnya kepada mStar.

Sumber: mStar