Pelakon dan penyanyi cantik manis, Lufya Omar, 34 tahun, mendedahkan krisis rumahtangga yang dihadapinya bersama suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom, di laman sosial Instagram.

Menurutnya, akaun Instagram miliknya telah disekat oleh suaminya sendiri seolah-seolah mahu melarikan diri daripada masalah mereka.

Follow.. Unfollow.. Blocked? Follow.. Unfollow.. Blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke? Lari dari tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut,” ujarnya.

“Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada! Dah cukup lama aku bersabar,” luahnya.

“Dah cukup lama aku dianiaya! Fitnah isteri kat keluarga macam-macam just to cover your BIG MISTAKES,” jelasnya.

Enough is enough. Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri,” katanya.

“Aku pernah sakit aku kemurungan tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaannya,” tulisnya lagi.

“Kesabaran aku diduga terlalu lama. Sejak tiga bulan kita berkahwin you dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran,” tambahnya.

“Kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali, aku diam.. Aku diam.. Aku diam sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi. Luka kat badan tak sesakit luka kat dalam hati ni. Thank you so much,” sambungnya.

Untuk pengetahuan anda, Lufya dan Hafiz telah berkahwin sejak 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, pada tahun berikutnya iaitu 11 November 2017.

Sumber: Gempak