Rakyat Malaysia boleh melihat fenomena gerhana bulan penuh dan planet Marikh pada 27 dan 28 Julai depan dengan lebih dekat di Planetarium Negara.

Menurut kenyataan media Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MOSTI), beberapa teleskop khas disediakan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kelab-Kelab Falak dan Persatuan Stargazer untuk melihat gerhana tersebut dengan lebih jelas.

bharian.com.my

Difahamkan, program pencerapan Planet Marikh bakal dijalankan pada 27 Julai ini bermula pukul 9 hingga 11.30 malam manakala program pencerapan gerhana bulan penuh pula akan diadakan pada 28 Julai bermula pukul 1 pagi hingga 7 pagi.

Malah, siaran langsung melalui laman sosial Facebook juga akan diadakan pada 28 Julai nanti pada pukul 2 pagi untuk memberi kesempatan kepada orang ramai untuk mendapat maklumat secara langsung berkenaan fenomena tersebut.

Walau bagaimanapun, penampakan kedua-dua fenomena itu bergantung kepada keadaan cuaca pada hari berkenaan namun orang ramai digalakkan datang ke Planetarium Negara untuk menyaksikan fenomena luar biasa ini.

Sumber: mStar