Kebanyakan wanita sering tertanya-tanya siapakah jodoh mereka dan takut jika mereka tersalah memilih pasangan hidup.

Jodoh datang tanpa diduga pada waktu yang tak disangka oleh kita. Oleh itu, kita harus yakin dengan ketentuanNya kerana sebaik-baik perancang adalah perancangan Allah SWT.


Penyampai radio dan pelawak yang cantik manis, Zulin Aziz berkongsi kisahnya berkenalan dengan seseorang selepas menunaikan solat sunat tahajud.

Menurutnya, lelaki tersebut juga baru selesai menunaikan solat tahajud menghantar mesej kepadanya untuk berkenalan dan bernikah.

instagram.com

“Selepas tahajud ada seseorang mesej aku, seseorang yang aku tak pernah suka. Dia mesej pukul 4 pagi. Aku tanya dia tengah buat apa, dia cakap baru selesai tahajud. Eh sama pula, dia tanya khabar, status aku, dia suruh bagi peluang taaruf lalu bernikah,” tulisnya di laman Twitter.

Tambahnya, jantungnya terus berdegup kencang seperti orang berlari sejauh 10 kilometer kerana berasa nervous.

“Aku pilih dan tawakal, yang lain kerja Allah. Katanya, jodoh Zulin tak akan pernah menjadi jodoh orang lain. Kalau dah jodoh tak kemana,” katanya lagi.

Sebelum ini, Zulin mengaku bahawa dia sedang berkenalan dengan seorang jejaka dari Indonesia sejak tahun lalu.

Sumber: Astro Gempak