Selalunya kenderaan seperti feri, kapal, ataupun jet ski yang selalu kelihatan di atas air. Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk menaiki motosikal menyeberangi tasik?

Seorang biker dari Milan, Luca Colombo mencatatkan rekod dunia apabila menyeberangi tasik dengan motosikalnya pada 31 Julai 2017. Luca menggunakan motosikal Suzuki RMZ 450 yang telah diubah suai untuk melakukan aksi itu.

gettyimages.com

Motosikal terbabit telah ditambah dengan bilah getah khas bagi membolehkan kenderaan itu menangani tekanan ketika meluncur dan terapung.

Jarak antara permulaan dan penghujung tasik pula lebih kurang 5 kilometer dan Luca perlu mengekalkan kelajuan 75 kilometer sejam.

Sumber: DailyMail.Co.Uk