Semasa perhimpunan ‘Stop Islamization of Norway (SIAN)’ di Kristiansand, Norway, seorang lelaki diangkat sebagai hero Muslim selepas menghalang pembakaran kitab al-Quran secara terbuka di bandar tersebut, kelmarin.

siakapkeli.my/geo.tv

Tindakan dilakukan oleh lelaki dikenali Ilyas itu telah dirakam oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum ia tular di laman sosial.

siakapkeli.my/geo.tv

Dalam kejadian itu, ketua perhimpunan SIAN, Lars Thorsen, mencuba untuk membakar senaskhah al-Quran walaupun dihalang oleh anggota polis.

siakapkeli.my/geo.tv

Berikutan berang melihat tindakan dilakukan Thorsen, Ilyas berlari ke arah Thorsen yang sedang membakar al-Quran sebelum menendangnya hingga membuatkan suasana bertukar kecoh.

siakapkeli.my/geo.tv

Selepas insiden itu, Ilyas dan Thorsen telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Menurut laporan Geo TV, Kesatuan Pakistan Norway(PUN), turut mengecam tindakan lelaki itu yang cuba membuat provokasi terhadap orang Muslim.

Pengerusi PUN, Chaudhry Qamar Iqbal, menjelaskan bahawa Thorsen telah menyakiti orang Islam dengan menghina al-Quran.

Menurutnya, masyarakat Norway sukakan keamanan dan memiliki reputasi terbaik kerana menghormati hak-hak agama lain.

Malah, dia turut menyatakan bahawa rakyat Norway dan umat Islam mengutuk sekerasnya insiden itu dan mengecam tindakan polis menahan lelaki Muslim kerana tindakannya bersebab.

Selain itu, warga laman sosial menggerakkan solidariti buat Ilyas dengan menggunakan tanda pagar #ilyas_Hero_of_Muslim_Ummah di laman sosial.

Sumber: Sinar Harian