Kelmarin, seorang lelaki berusia 51 tahun meninggal selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah di Masjid Alzahidin Perum Bekasi Timur Regensi, Bekasi, Jawa, Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Bandaraya Bekasi, Komisioner Erna Ruswing, mengesahkan insiden tersebut.

“Benar, seorang jemaah lelaki meninggal dunia di dalam masjid sebaik selesai solat Subuh,” ujarnya

“Kejadian berlaku pukul 5.20 pagi dan jemaah itu tiba-tiba rebah bagaimanapun saksi berkata, para jemaah tidak berani mendekatinya,” ujarnya kepada Detik News.

Selepas itu, petugas perubatan lengkap berpakaian khas pelindung diri tiba di tempat kejadian dan melakukan pemeriksaan mendapati lelaki itu telah meninggal dunia.

“Jenazah dibawa ke hospital. Ahli keluarga juga memberitahu jenazah memiliki rekod penyakit jantung,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian