Seorang lelaki yang juga bapa kandung sanggup menjadikan anak perempuannya berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu serta melacurkannya itu ditahan polis di Pandan Indah, Kajang, pada malam tadi.

Selain itu, lima lelaki lain termasuk beberapa warga asing turut ditahan di sekitar Batu 9, Cheras.

“Tangkapan dilakukan susulan maklumat dan risikan yang dibuat sepasukan polis,” ujar sumber.

“Semua suspek kini dibawa ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk permohonan reman,” jelasnya.

Difahamkan, siasatan akan diteruskan selepas menerima permohonan reman daripada Majistret.

Sebelum ini, seorang remaja perempuan bukan sekadar menjadi bahan pemuas nafsu bapa kandung sendiri. Malah, dia turut dilacurkan oleh lelaki yang sepatutnya menjaga kehormatannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, menjelaskan kegiatan itu terbongkar selepas seorang wanita dipercayai ibu saudara mangsa membuat laporan pada pukul 3.08 petang Sabtu minggu lepas.

“Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa mula menjadi tempat melampiaskan nafsu bapa sendiri sejak usianya 10 tahun,” sambungnya

“Bermula pertengahan 2019 hingga Februari 2020, mangsa telah dipaksa oleh suspek untuk melayan seks lebih (20) orang pelanggan yang dibawa oleh suspek,” tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro