Bila sebut kerja kilang, mesti ada yang menganggap kerja kilang itu sesuatu yang lekeh seolah-olah ia bukan satu pekerjaan yang bagus.

Namun, seorang lelaki memberi pandangan berbeza di laman Facebook, Raimi Ahmad, apabila dia sendiri merasai pengalaman bekerja di kilang setelah bekerja dalam pelbagai bidang sebelum ini.

Menurutnya, dia pernah melihat gaji salah seorang pekerja operator kilang dan mendapati gaji mereka memang lumayan iaitu RM2300 (gaji bersih) sebulan.

Bukan itu saja, Raimi memberitahu dia amat sukakan suasana bekerja di kilang kerana ia tak ubah seperti suasana di zaman sekolah. Siapa tak rindu zaman sekolah dulu kan?

Raimi juga memberi gambaran secara lebih mendalam mengenai suasana bekerja di kilang dengan gaya dan telatah masing-masing yang mencuit hati.

“Aku akan menangis bila aku berhenti keje kilang nanti,” katanya kerana suasana bekerja di kilang amat berbeza dengan bekerja di tempat lain.

Apa yang penting, tak kira kita kerja di mana, jawatan apa, asalkan pekerjaan kita halal. Usah pandang rendah pada pekerjaan orang lain hanya kerana pangkat kerana mungkin pekerjaan mereka lebih mulia daripada kita.

Sumber: Fb Raimi Ahmad