Seorang bekas ahli parlimen nasionalis Belanda, Joram van Klaveren, yang juga orang kanan ahli politik anti-Islam Geert Wilders, dilaporkan telah memeluk agama Islam ketika menulis buku anti-Islam.

sbs.com.au

Joram van Klaveren, 40 tahun, menjalankan kempen menentang Islam tanpa henti selama tujuh tahun di dewan rendah parlimen di Belanda sebagai pembuat dasar parti Wilders’ Freedom Party(PVV).

“Pelampau terbabit menuntut larangan burqa dan menara masjid. Beliau tidak mahu sebarang elemen Islam atau paling kurang elemen Islam yang sebolehnya di Belanda,” lapor Algemeen Dagblad(AD).

“Tindakan beliau memeluk Islam mengejutkan ramai kawan dan musuh,” lapor AD.

sbs.com.au

Menurutnya, buku anti-Islam itu menjadi penyangkalan bantahan di kalangan golongan bukan Islam terhadap agama tersebut.

“Jika semua yang saya tulis setakat itu adalah benar dan saya mempercayainya, saya sebenarnya seorang Muslim,” katanya kepada NRC.

Lapor NRC, Van Klaveren memeluk Islam pada 26 Oktober tahun lepas dalam artikel temubual sempena penerbitan buku bertajuk ‘Murtad: Daripada Kristian kepada Islam ketika zaman Keganasan Sekular’.

Sumber: Harian Metro