Ebby Yus telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit buah pinggang tahap tiga hampir setahun lalu. Baru-baru ini tular satu cerita tentang seorang lelaki yang bernama Syed Shukrinizam Jaafar, 43, yang ingin mendermakan buah pinggangnya untuk pelawak, Ebby Yus.

“Saya tidak mempunyai ikatan persaudaraan dengan dia, apatah lagi bukan peminat tegar beliau. Namun, berpegang kepada prinsip untuk membantu orang memerlukan, tindakan diambil ini adalah wajar demi membantu sesama manusia.” kata lelaki itu yang berasal dari Port Dickson itu.

Pada pendapat Shukrinizam. apa yang dilakukannya hanyalah untuk berkongsi ‘harta’ milik Allah dan beranggapan boleh meneruskan kehidupan dengan hanya satu buah pinggang.

Gambar: CARI

“Bukan kerana dia (Ebby) seorang artis maka saya mahu mencari publisiti murahan dengan mendermakan buah pinggang, tidak sama sekali…tetapi sebelum ini saya memang mempunyai hajat untuk menderma kepada orang lain yang memerlukan namun tidak berkesempatan berikutan ada antara mereka tidak membaca mesej peribadi saya di Facebook.

“Mengenai hajat menderma buah pinggang kepada Ebby, saya memang ada nyatakan di Facebook dan baru saja sebentar tadi pembantu peribadi Ebby menghantar mesej peribadi meminta nombor telefon saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shukrinizam, Ebby kemudian menghubunginya dan mengucapkan terima kasih serta terharu atas keputusan besar itu untuk menderma buah pinggang. “Namun, Ebby ada mengatakan penyakitnya kini masih di peringkat tiga dan belum tahap memerlukan dialisis.

“Belum dapat kepastian lagi daripada doktor mengatakan Ebby memerlukan pemindahan buah pinggang, namun saya bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Gambar: MHE TV

Dimaklumkan, Syed Shukrinizam sememangnya aktif dengan kerja kebajikan. MyKasih Care juga berkata, keluarga lelaki itu juga terkejut dengan keputusan dibuat namun faham berikutan kerja kebajikan sudah sebati dengan dirinya.

“Sudah lima tahun saya berkecimpung dalam kebajikan membantu mereka memerlukan, jadi saya faham apabila mengunjungi mereka yang susah dan sakit. “Keluarga saya memang terkejut, namun sebaik diterangkan mereka faham dan sokong setiap keputusan dibuat,” katanya.

“Saya tidak mempunyai ikatan persaudaraan dengan dia, apatah lagi bukan peminat tegar beliau. Namun, berpegang kepada prinsip untuk membantu orang memerlukan, tindakan diambil ini adalah wajar demi membantu sesama manusia,” katanya.

Katanya lagi, mereka berdua akan berjumpa sebaik Ebby pulang menunaikan umrah dijangka pertengahan bulan depan.

Sumber: Metro