Jika anda rasa sukar untuk menurunkan berat badan, menaikkan berat badan bagi mereka yang kurus adalah berkali ganda sukar kerana golongan ini perlu berusaha lebih untuk menaikkan berat badan mereka.

Seorang pengguna Twitter, @syam131, berkongsi tips menaikkan berat badan secara sihat yang dilakukannya sebelum ini.


Dia yang pernah memiliki berat 55kg (kilogram) pada tahun 2015 dan terbaru, berat badannya bertambah menjadi 64kg dengan peratus lemak badan 9.9 peratus.

Menurutnya, anda perlu makan lebih banyak kalori berbanding kalori yang dibakar untuk memastikan berat badan anda naik.

Malah, makan banyak kali juga digalakkan kerana ia akan membuat anda lebih kenyang berbanding makan sekali dalam jumlah yang banyak.

Selain itu, Syam turut mengesyorkan supaya anda makan makanan berkalori tinggi, banyak protein dan berbentuk cecair untuk mudah dihadam. Makanan berkalori tinggi pula seperti susu, pisang, pasta dan kekacang.

“Paling mudah blend kan oats,pisang,susu,peanut butter n protein powder. kalori nya boleh mlebihi 1000++ try la mudah je”, tulisnya.

Untuk rutin senaman, dia menggalakkan agar anda membuat full body workout untuk membina otot sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.

Apa yang penting, anda harus konsisten dengan rutin harian seperti makan banyak untuk memastikan berat badan naik.

Sumber: Twitter @syam131