Kerja kapal bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Disebabkan itu, pendapatan mereka yang bekerja di atas kapal lebih tinggi selain mempunyai risiko tinggi mengenai nyawa mereka.

Seorang lelaki di laman sosial Twitter, @iqramcheonn, berkongsi pengalaman bapanya yang bekerja di atas kapal bertahun lamanya dengan menghantar jemaah haji ke Tanah Suci Mekah.

Pada zaman dulu, orang Islam menaiki kapal laut sebagai pengangkutan utama untuk menunaikan haji.

“Laut kata dia memang menenangkan dan menyeramkan. Orang terjun dari kapal sebab dengar kena panggil. Jumpa crewmate atas kapal padahal dah turun. Ada jadi gila sebab lama tak nampak daratan,” tulisnya.

Selain itu, Iqram turut berkongsi beberapa kisah lain mengenai jemaah haji menaiki kapal laut yang boleh dijadikan teladan buat kita semua.

“Laut ni macam kita atas darat. Tak jaga mulut. Bah menimpa. Crewmate cakap besar. Budak muda. Sekali ribut macam dalam video tu datang. Tak ada warning apa pun. Dua kali missed rogue wave,” sambungnya lagi.

Sumber: @iqramcheonn